Pada awal penubuhannya, program ini melibatkan pensyarah-pensyarah
Kolej Komuniti Kota Tinggi yang bekerjasama dalam satu pasukan untuk membuat
satu program khas pembangunan sahsiah pelajar berdasarkan program yang ditawarkan
iaitu Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL). Pelbagai nama telah diberikan
oleh setiap pensyarah SPL untuk program ini namun nama Reef In My Heart telah mendapat keputusan sebulat suara dan akhinya
pelbagai logo telah dicipta untuk menggambarkan reef yang bermaksud
terumbu karang. Antara logo yang telah dicipta oleh pensyarah SPL adalah
berbentuk hati, coral (karang),
pemandangan laut, ombak dan lain-lain.
Cadangan nama Reef In My
Heart ini diberi disebabkan oleh pelajar-pelajar SPL ini selalu pergi ke
pulau di bawah subjek Rekreasi Air dan selain daripada itu, mereka juga ada
mempelajari mengenai konservasi hidupan laut iaitu mengenai khazanah laut yang
perlu dipelihara dan dipulihara oleh setiap komuniti yang menjadi penyumbang
kepada kelangsungan sesuatu habitat, maka nama yang diberikan amatlah bersesuaian
dengan konsep komuniti mendekatkan diri dengan hidupan laut seperti terumbu
karang agar perlu dipelihara seperti mana kita memelihara hati kita sendiri.
Program ini adalah kesinambungan daripada program terdahulu Reef In My Heart 2014 yang telah menjadi
satu fenomena yang amat luar biasa dalam kalangan komuniti yang terlibat. Hasil
tinjauan dan maklum balas daripada masyarakat sekitar telah memberi satu impak positif
untuk dilaksanakan bagi kali yang kedua. Program ini akan memberi suntikan
semangat dan kelainan kepada komuniti yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dari segi persembahan pelaksanaan dan aktiviti yang akan
dijalankan.
Objektif
program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu platform untuk mempromosikan
Kolej Komuniti di mata masyarakat awam dan juga untuk menaikkan imej kolej
komuniti sebagai salah sebuah daripada Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
yang menekankan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah. Di samping itu,
Kolej Komuniti ingin memperkenalkan fungsinya sebagai hub institusi
pembelajaran sepanjang hayat yang memberi peluang dan ruang kepada masyarakat
merebut peluang ilmu dan kemahiran yang ditawarkan.
Kolej
Komuniti Kota Tinggi berperanan juga dalam memajukan serta menyumbang kepada
pembangunan Pelancongan Negeri Johor. Di antara lain Kolej Komuniti Kota Tinggi
mendapat permintaan daripada Ahli Parlimen kota Tinggi dalam memberikan
kerjasama mempromosikan Kota Tinggi sebagai destinasi pelancongan terkemuka di
selatan tanah air. Disamping itu juga, program ini melibatkan pelajar Kolej
Komuniti Negeri Johor, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
No comments:
Post a Comment