COUNTDOWN RIM-H 2015

Wednesday 19 August 2015

PEMILIHAN PULAU BESAR SEBAGAI DESTINASI UNTUK RIMH-2


            Pada program yang pertama Reef In My Heart 2014 (RIMH 2014), pihak Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) telah memilih Pulau Tinggi sebagai destinasi yang ingin dituju untuk melaksanakan program memelihara dan memulihara hidupan marin yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Untuk menjayakan program ini pemilihan tempat amatlah dititikberatkan oleh pihak kami kerana ianya akan berkait rapat dengan aktiviti dan pakej yang ingin dilaksanakan di sana nanti. Pulau Tinggi terletak di Mersing yang berhampiran dengan Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Rawa.


Pulau Mentinggi

            Ramai netizens tertanya-tanya mengapa pemilihan Pulau Tinggi menjadi destinasi utama selain daripada pulau-pulau lain yang terdapat di Negeri Johor. Faktor utama ialah kebanyakan pulau di Negeri Johor masih cantik dan belum lagi diterokai disamping dijaga rapi oleh Jabatan Taman Laut Malaysia cawangan Johor dan secara tidak langsung Pulau Tinggi dipilih disebabkan kami ingin mempromosikan pulau-pulau yang ada di negeri Johor. Selain itu, pemilihan Pulau Tinggi ini adalah disebabkan keindahan alam semulajadi yang masih lagi terjaga seperti tiadanya kesibukan pantai begitu juga dengan hidupan laut, berpasir putih yang bersih dan airnya yang masih lagi jernih. Faktor lain adalah cadangan daripada Jabatan Taman Laut Malaysia itu sendiri untuk diadakan di Pulau Tinggi kerana mempunyai kemudahan seperti penginapan, dewan, padang, sekolah, tapak khemah, aktiviti air dan pantai serta pelbagai lagi aspek lain yang diambil kira pemilihan Pulau Tinggi sebagai destinasi RIMH 2014.


Panorama di atas permukaan dan di dalam air Pulau Mentinggi

            Kesinambungan daripada RIMH 2014 telah melahirkan RIMH 2015 atau RIMH-2. Hal ini kerana kejayaan program RIMH 2014 telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian untuk dilaksanakan untuk kali yang kedua maka Pulau Besar pula telah dijadikan destinasi yang kami ingin lawati seterusnya. Faktor pemilihan Pulau Besar bagi edisi kali ini adalah disebabkan ianya berada di dalam Negeri Johor di samping tujuan kami mempromosikan pulau-pulau yang berada di dalam Negeri Johor.
            Selain itu, seperti yang kita sedia maklum Pulau Besar terdapatnya terumbu karang yang berwarna warni maka aktiviti yang kami akan jalankan nanti adalah seperti penanaman tukun tiruan untuk membina rumah terumbu karang seperti yang kami pernah buat di Pulau Tinggi dahulu. Kegunaan tukun tiruan tersebut adalah sangat penting kepada habitat hidupan marin seperti hidupan aquatik daripada pelbagai spesies dilihat berlegar di dalam ruang yang terdapat pada tukun tiruan dan ini akan mempercepatkan pembiakan anak ikan sebagai pengguna primer kepada pengguna sekunder.


Sesi menurunkan tukun tiruan di Pulau Mentinggi
Hidupan Akuatik

Coral

2 comments:

  1. tahniah! harap kesinambungan dapat diteruskan dan jadi agenda tahunan dan dapat dimasukkan ke dalam kalendar aktiviti kementerian juga kolej komuniti

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan RIMH.

    ReplyDelete