Pada program
yang pertama Reef In My Heart 2014
(RIMH 2014), pihak Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) telah memilih Pulau Tinggi
sebagai destinasi yang ingin dituju untuk melaksanakan program memelihara dan
memulihara hidupan marin yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Untuk
menjayakan program ini pemilihan tempat amatlah dititikberatkan oleh pihak kami
kerana ianya akan berkait rapat dengan aktiviti dan pakej yang ingin dilaksanakan
di sana nanti. Pulau Tinggi terletak di Mersing yang berhampiran dengan Pulau
Besar, Pulau Sibu dan Pulau Rawa.
Pulau Mentinggi
Ramai netizens tertanya-tanya mengapa
pemilihan Pulau Tinggi menjadi destinasi utama selain daripada pulau-pulau lain
yang terdapat di Negeri Johor. Faktor utama ialah kebanyakan pulau di Negeri Johor
masih cantik dan belum lagi diterokai disamping dijaga rapi oleh Jabatan Taman
Laut Malaysia cawangan Johor dan secara tidak langsung Pulau Tinggi dipilih
disebabkan kami ingin mempromosikan pulau-pulau yang ada di negeri Johor.
Selain itu, pemilihan Pulau Tinggi ini adalah disebabkan keindahan alam
semulajadi yang masih lagi terjaga seperti tiadanya kesibukan pantai begitu
juga dengan hidupan laut, berpasir putih yang bersih dan airnya yang masih lagi
jernih. Faktor lain adalah cadangan daripada Jabatan Taman Laut Malaysia itu
sendiri untuk diadakan di Pulau Tinggi kerana mempunyai kemudahan seperti
penginapan, dewan, padang, sekolah, tapak khemah, aktiviti air dan pantai serta
pelbagai lagi aspek lain yang diambil kira pemilihan Pulau Tinggi sebagai
destinasi RIMH 2014.
Panorama di atas
permukaan dan di dalam air Pulau Mentinggi
Kesinambungan
daripada RIMH 2014 telah melahirkan RIMH 2015 atau RIMH-2. Hal ini kerana kejayaan
program RIMH 2014 telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian untuk
dilaksanakan untuk kali yang kedua maka Pulau Besar pula telah dijadikan
destinasi yang kami ingin lawati seterusnya. Faktor pemilihan Pulau Besar bagi
edisi kali ini adalah disebabkan ianya berada di dalam Negeri Johor di samping tujuan
kami mempromosikan pulau-pulau yang berada di dalam Negeri Johor.
Selain itu, seperti
yang kita sedia maklum Pulau Besar terdapatnya terumbu karang yang berwarna
warni maka aktiviti yang kami akan jalankan nanti adalah seperti penanaman
tukun tiruan untuk membina rumah terumbu karang seperti yang kami pernah buat
di Pulau Tinggi dahulu. Kegunaan tukun
tiruan tersebut adalah sangat penting kepada habitat hidupan marin seperti hidupan aquatik daripada pelbagai spesies dilihat berlegar di dalam ruang yang terdapat pada
tukun tiruan dan ini akan mempercepatkan pembiakan anak ikan sebagai pengguna
primer kepada pengguna sekunder.